
Jom tengoklah video ini, seorang makcik yang menipu penjaja. Sudah bagi change yang betul, tapi dia sembunyikan duit itu dan minta satu lagi.
Semua penjaja tidak kira apakah bangsa dan agama, mereka tetap menggunakan kos untuk membeli barangan untuk dijual kan? Mereka tetap ada keluarga yang perlu disara. Kita tidak perlu menipu orang lain untuk hidup kan? Kita juga ada kerja, kita juga ada gaji.
Penipuan ini membuat kita terfikir, kenapa mereka ini suka menipu. Tidak semestinya penipu itu kerana tidak ada duit. Kadang-kadang kerana mereka mendapat kepuasan dalam penipuan. Mereka mungkin berasa mereka pintar dalam penipuan, dan dapatkan faedah daripada kepintarannya itu.
Ini juga merupakan satu masalah psikologi. Sikap penipuan ini mungkin berpunca daripada keadaan keluarga, ataupun dari pengalaman masa kecil lagi.
Pemuda sekarang ini juga mempunyai masalah sebegini, terutamanya daripada keluarga yang tidak merasai kasih sayang. Ini bukan mengatakan anak yatim, tetapi anak yang mungkin ibu bapanya tidak mempedulikan mereka, dan hanya bagi duit saja. Anak-anak sebeginilah yang kita katakan dibesarkan oleh duit.



Mereka tidak dapat merasai kasih sayang, dan inginkannya. Jadi, mereka menipu, supaya bila masalah bertambah buruk, barulah ibu bapa akan memberikan prihatin kepada mereka. Jadi, kita kenalah berhati-hati dalam mendidik anak kita supaya mereka dapat dibesarkan dalam keadaan yang sihat, dari segi badan dan minda.
Sumber
