Akhirnya Zahid Hamidi sah jadi presiden Umno ke-7.. habislah geng PH kali ni.. PRU15 Umno akan ambil semula kerajaan? Setuju?


Berita Dunia Harian, Akhirnya Umno mendapat pemerintah baru selepas mereka memgalami kekalahan teruk pada PRU yang lepas akibat pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dilihat bakal menjadi perdana menteri sehinggalah BN kecundang di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi presiden mereka.
Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, serta veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Khairy mendapat 51 undi manakala Tengku Razaleigh cuma 23 undi.
Untuk rekod ini adalah percubaan kedua Tengku Razaleigh untuk menjadi presiden selepas 1987. Kira-kira 31 tahun lalu cubaan beliau digagalkan oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Salah seorang pemimpin Umno yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Malaysiakini bahawa Khairy mungkin boleh menang jika dia tidak memecahkan undi dan sebaliknya menerima tawaran Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai presiden sebelum ini.

Sumber 

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==