Kenapa tangkap Najib sedangkan dia tak pernah berhenti memikirkan rakyat dan negara - Anak perempuan Najib


Berikutan dengan kes dan tuduhan yang telah dibuat terhadap bakas perdana menteri Dato Seri Najib Tun Razak, anak perempuan beliau menyeru agar semua rakyat menyokong dan membantu ayahnya kerana Dato Seri Tidak pernah berhenti dari memikirkan keadaan rakyat serta sentiasa ingin melihat rakyat dalam keadaan yang aman, makmur dan bahagia. Antara lain kenyataan juga memberitahu bahawa Najib Tun Razak adalah mangsa kepada dendam politik dan ini semua dibuat kerana rasa dendam terhadap beliau semasa beliau memerintah.

Parti pemerintahan Dato Najib Tun Razak BN baru-baru ini telah mengalamai kekalahan yang teruk oleh parti PH dibawah pimpinan Tun M. Setelah kalah dalam pilihanraya ke 14 Dato Seri Najib yang juga presiden parti telah dikecam dan disebut sebjut sebagai punca utama kekalahan. Malah pelbagai siasatan dibuat terhadap beliau untuk membuktikan yang beliau semasa memerintah pernah melakukan salah laku seperti salah guna kuasa dan wang haram. Pelbagai spekulasi di berikan hingga ke hari ini apabila 4 tuduhan telah dituduh terhadap diri beliau. Seluruh ahli keluarga Dato Seri Najib datang sebagai tanda sokongan kepada beliau kecuali isteri beliau yang telah menghilangkan diri dari semalam. Kelihatan juga ramai penyokong beliau bersorak demi memberi semamgat kepada beliau. Tetapi rakyat tetap mahukan kebenaran yang seadil adilnya.

Sumber 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==