
Lelaki ni suka pelihara banyak jenis ikan di dalam akuarium dalam rumah. Pelihara ikan merupakan satu jenis hobi yang sangat sihat. Setiap jenis ikan ada nilai mereka tersendiri masing-masing. Ada yang sangat mahal dan ada yang sangat murah. Ikan yang mahal adalah seperti ikan arwana, angel fish dan sebagainya.
Oleh sebab lelaki ni suka sangat dengan ikan, dia dapat belajar cara cam mana nak jaga ikan dengan baik. Tapi suatu hari dia dapati ada sesuatu yang tidak kena kebelakangan ini. Ikan dia semakin berkurangan dan hilang buat dia jadi sangat risau. Apa sebenarnya yang buat ikan dia asyik hilang cam ni?
Keadaan yang tidak ingin dijumpa akhirnya terbongkar jugak. Suatu hari semasa dia sedang cuci aquarium, dia telah jumpa 'kebenaran' yang buat ikan dia selalu hilang! Rupa-rupanya ada suatu benda tersembunyi di dalam akuarium dia sepanjang masa ini! Ada seekor lipan yang besar tersembunyi di dalam akuarium tu. Ini buat dia sangat hairan.

Lipan ialah serangga yang sangat berbisa. Ia bukan saja dapat makan serangga yang saiz kecil daripada dia, dia juga dapat makan serangga atau haiwan yang saiz lebih besar daripada saiz badan dia. Kalau kena bisa lipan memang akan jadi sangat teruk.
Sumber
