
Ini berikutan dengan pembekuan akaun bank UMNO pusat dan UMNO Selangor yang dibuat oleh SPRM semalam. Atas dasar ini Zahid Hamidi dalam ucapannya memberi sindiran kepada Najib mengenai wang haram.
Seperti yang sedia maklum UMNO akan mengadakan majlis pemilihan presiden mereka pada 30.6.2018 ini. Zahid Hamidi merupakan antara 5 calon yang akan bertanding untuk merebut kerusi panas itu. Beliau yakin akan dapat mengemudi semula UMNO dan membawa UMNO kearah yang lebih cemerlang dismaping berpegang kepada perlembagaan yang sedia ada. Beliau yang kini merupakan naib presiden dan sedang memangku tugas-tugas presiden sedang berusaha keras untuk mendapat kepercayaan ahli malah kini sedang sibuk meneliti keadaan parti.
Beliau yakin dan percaya bahawa dengan berpegang kepada prinsip perlembagaan yang ada disamping mempunyai sifat terbuka UMNO akan menjadi sebuah parti pembangkang yang disegani oleh rakyat.
Zahid Hamidi merupakan bekas timbalan perdana menteri Malaysia. Dan beliau merupakan teman yang paling rapat dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Kelihatan kelibat beliau dimana-mana seiring dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Walaupun beliau kini ditentang oleh Khairy Jamaluddin dan Tangku Razaleigh tapi beliau tidak pernah gentar malah dilihat sering datang kesetiap cawangan untuk mendapatkan sokongan yang padu dari segenap lapisan ahli.
Sumber
