
Budak Perempuan Ini Jumpa Beg Di Jalanan, Saat Dibuka Isinya Sungguh Mengejutkan.Memang Tak Sangka!
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK TERUS TONTON VIDEONYA JIKA ANDA KESUNTUKAN MASA UNTUK MEMBACA
Beberapa minggu lalu ada kejadian yang menjadi tular di media sosial dan media elektronik di Thailand.Sebuah kisah yang cukup memberi pengajaran dan teladan kepada kita.
Pada suatu hari minggu,ada seorang gadis kecil yang berumur 9 tahun telah pergi ke pasar bersama ibunya di salah satu pasar terkenal di Phuket.
Sedang berjalan jalan di sekitar pasar itu, gadis ini tanpa sengaja telah ternampak sebuah beg bimbit yang mencurigakan berada di tepi sebatang jalan di situ.
Pada mulanya dia tidak mahu mengambil beg tersebut namun dek kerana rasa ingin tahu dia nekad mengambil beg itu. Dengan segera dia membuka beg itu dan terkejut sungguh dia apabila mendapati di dalam beeg itu mengandungi wang tunai yang sangat banyak bernilai $130,000 Baht atau bersamaan kira kira RM16,000.
Bukan itu sahaja, malah di dalam beg itu juga terdapat kira kira 90 gram emas yang pada waktu itu dia sendiri tidak tahu akan nilainya.
Kerana tidak mahu ada orang lain yang mengambil beg itu dia segera membawa beg itu pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapanya.
Bapanya kemudian menyerahkan beg itu kepada polis dan akhirnya beberapa hari kemudian pemilik beg itu ditemui. Walaupun terdapat wang yang banyak di dalam beg itu mereka tidak berniat untuk mengambilnya walau sedikit pun.
Akhirnya kejujuran mereka dihargai oleh pemilik beg itu yang memberi ganjaran istimewa kepada gadis terbabit.
Sumber
