Ahli UMNO sedih dan sebak mengetahui akaun dibekukan.


Akaun UMNO pusat dan negeri selangor dibekukan. Itulah kenyataan yang amat pahit diterima oleh ahli-ahli UMNO terutama sekali ketika hendak mengadakan pemilihan jawatan presiden.

Menjadi persoalan ketika ini. Sebaik sahaja Zahid mengumumkan penyaluran wang ke bahagian-bahagian yang diperlukan SPRM serta merta mengeluarkan arahan bahawa akaun bank dibekukan. Semenjak kekalahan BN dalam PRU ke 14 baru-baru ini dibawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak, pelbagai masalah melanda bukan sahaja diperingkat individu iaitu beliau sendiri, keluarga, isteri malah parti UMNO pun sedikit sebanyak menerima impak apabila aliran wang tidak dapat dibuat kerana akaun telah dibekukan. Disamping UMNO selangor dan UMNO pusat kemungkinan besar UMNO johor juga turut sama dibekukan akaun.

Ramai antara kita masih tertanya tanya apakah rasional disebalik pembekuan akaun bank tersebut dan adakah pembekuan ini hanya bersifat sementara atau selamanya.
Walubagaimanapun rakyat dapat menduga bahawa pembekuan ini adalah berkait rapat dengan salah guna kuasa dan wang haram. Ini selari dengan kenyataan Dato Seri Najib yang memberi impak kepada parti kerana beliau mengatakan bahawa wang yang dirampas dan dijumpai di kawasan rumah beliau adalah untuk kegunaan parti bagi menghadapi pilihanraya cuma tidak sempat dibank in kan. Mampukah UMNO terus kekal bertahan tanpa dana dan adakah pemimpin mereka yang cukup kaya raya sudi untuk menderma dan menyalurkan bantuan kebajikan. Sama-sama kita renungkan.

Sumber 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==